Tuesday, June 23, 2015

Internship

Assalamualaikum and hello guys. Glad to see me writing again ? Hehe

Setelah beberapa bulan berhempas pulas untuk menempatkan diri dalam bebearapa syarikat terkemuka sempena latihan industri. Akhirnya aku berjaya jugak sangkut kat satu syarikat ni. Permulaannya aku sibuk sangat cari syarikat oil and gasses kt Malaysia ni. Faktor elaun yang agak tinggi berbanding skop kerja yang lain. Petronas, Shell, Petron, Schlumberger, MMHE, Sapura Kencana dan macam macam lagi lah yang aku mohon. Tapi semuanya nak 3 or 6 months practical period. So, chances closed. 


Tergerak hati nak apply bidang manufacturing, and Alhamdulillah dapat jugak. At the very last minutes. Syukur :)


Yelah kita ni hanya mampu merancang, 
dan sebaik baik perancang itu adalah Dia.

Today, i officially had been apart of them. i felt so much blessed, Alhamdulillah.



End of this entry. Selamat bersahur sahabat :{D


Saturday, June 20, 2015

Qada and Qadr :')

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera 

Bersyukur kehadrat ilahi kerana masih memberi peluang untuk aku bernafas dan bertaubat sehingga hari ini. Setelah sekian lama aku memilih untuk meninggalkan penulisan, akhirnya aku kembali. Entri kali ini khas buat sahabat seperjuangan aku semasa di alam matrikulasi. 

Pertama-tamanya,
AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN



Pejam celik pejam celik, Alhamdulillah 1 Ramadhan telah pun melabuhkan tirai. Masa amat pantas berlalu. Bak kata omputih, how time flies. Hehehe

Di pagi 2 Ramadhan,jam menunjukkan 10.30am dan aku masih lena diulit mimpi. Aku dikejutkan dengan khabar yang tidak ingin didengari oleh semua orang. 1 notification whatsapp masuk tertulis 

"Zaini disahkan meninggal kawan2.. Alfatihah.. Tolong doakan ye.."

Allahuakbar, Aku tersentak dan masih mengharapkan bahawa semua ini mimpi :'(

Ternyata ini adalah realiti, Allah telah memilih engkau sahabat untuk bertemu denganNya. Di bulan yang mulia. Aku cemburu. Kau seorang yang amat diperlukan oleh semua sahabat. Kau suka tolong orang terutamanya dalam pelajaran. Kau tak pernah berkira dengan kawan kawan. Banyak cerita yang aku terbaca pasal kau dan semuanya baik belaka wahai sahabat. Semoga engkau ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. In shaa Allah. Aku bangga dan bersyukur kerana dapat kenal dengan orang hebat seperti kau, Zaini B Mail


Disini aku selitkan beberapa cebis kenangan kita bersama :')





All these photo were in 2011, our memories in matriculation life

Mati bermaksud apabila roh dan jasad itu sudah berpisah. Mati juga tiada mengenal umur, harta dan pangkat. Apabila sudah mati, maka terputus lah semua amalan kita kecuali sedekah, ilmu bermanfaat dan doa anak yang soleh. Walaubagaimanapun, setiap hari kita sudah mengalami mati. Mati yang dimaksudkan adalah mati kecil ataupun lebih dikenali sebagai tidur. Jadi marilah kita semua mengambil ibrah untuk memperingati diri kita sendiri. Sesungguhnya, orang yang paling bijak itu adalah orang yang selalu mengingati MATI.


Maksud Firman Allah s.w.t :

“Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat.”
                                                                                            ( Surah Ali Imran ayat 185 )

“Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun.”
                                                           (Surah al-A’raf ayat 34); (Surah an-Nahl ayat 61)


SADAQALLAHULADZIM